Kisah bermula 8 tahun lalu dimana cinta Arif dan Karmila mekar mewangi. Arif, ahli biologi yang berkongsi minat dengan isterinya Karmila iaitu meminati bunga, membina sebuah villa indah yang dinamakan Villa Sunyi, villa bercat unggu berbumbung biru tua, di sebuah kawsan terpencil di Cameron Highland buat isteri tercinta. walaupun mendapat nasihat daripada penduduk setempat mengenai kewujudan puaka di tapak vila berkenaan. Arif meneruskan minat mendalam terhadap bungaan dan berjaya menghasilkan satu jenis kacukan bunga ros baru dengan satu spesis bunga liar yang ditemui di dalam hutan. bunga ungu yang indah itu dinamakan Ungu Karmila. Bermula daripada saat itu kehidupan mereka mula berubah.... sehingga pada suatu hari... Arif dan Karmila ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di villa sunyi. sejak itu penduduk orang asli di situ menganggap villa itu umpama satu puaka yang sedang tidur dan tidak boleh diganggu....
Ungu Karmila by Ramlee Awang Murshid
RM22.90Price